Aku rindu sangat sangat sangat sangat pada CINTA. Aku pun tidak tahu kenapa aku tidak dapat lupakan CINTA. Sedangkan CINTA sudah lama pergi tinggalkan aku. Aku tidak dapat lupakan saat kami bersama. Aku betul-betul kehilangan. Sejak CINTA pergi, aku selalu terfikir "Mengapa semua ini berlaku? Terlalu awal untuk aku merasainya." , aku inginkan jawapan tapi tiada satu pun yang dapat menjelaskannya. Aku rasa aku sudah gila kerana sentiasa merasakan dirinya ada walaupun CINTA sangat jauh dari aku. Aku tahu bukan hanya diri aku yang merinduinya, menyayangi serta menyintainya tapi aku sungguh lebih dari itu. Aku sangat perlukan CINTA. Banyak memori kenangan kami bersama. Sukar dan sungguh payah untuk lupakannya. Aku sentiasa dan selalu berdoa agar CINTA kembali kepadaku tapi ia mungkin tidak akan berlaku walau aku menangis darah sekali pun. Aku redha tapi entah mengapa aku seperti masih tidak dapat menerima semua yang telah berlaku. CINTA pergi semasa aku sedang jauh, mengapa? Sedangkan kita baru sahaja berjumpa beberapa hari sebelum CINTA pergi. Sungguh pedih dan sakit saat aku mengetahui CINTA pergi tinggalkan aku. Aku menangis macam orang tidak tentu arah, aku meraung sekuat hati aku kerana tidak percaya aku akan keilanganmu. Aku tahu keadaanmu yang sangat perlukan diriku ketika aku jauh. Sebelum hari CINTA tinggalkan aku, aku menangis kerana mengalami tekanan dalam pelajaranku. Selalunya aku akan mengadu kepadamu tapi aku tidak ingin CINTA bimbang akan diriku jadi aku meluahkannya pada KASIH. Aku tersilap, sungguh silap. Kalau dapat aku putarkan waktu dulu, akan aku jaga CINTA selamanya. Tidak akan pergi jauh dari CINTA. Aku menyesal, sungguh amat menyesal. Aku berdoa harap CINTA tenang dan di tempatkan tempat orang yang beriman. Sesungguhnya CINTA memang layak berada disamping yang MAHA ESA. Tenanglah CINTA di sana dan nikmatilah kehidupan barumu. Aku sentiasa dokan CINTA dan tidak akan melupakanmu. Al-fatihah. Amin.
parawhore!

No comments:
Post a Comment
;) Watcha say?