
Hanya di Malaysia. Segala pemberian yang diberikan kerajaan Malaysia harus diucapkan jutaan terima kasih dan paling penting mestilah taat setia dan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang ini iaitu kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional. Mahasiswa tidak dibenarkan untuk mengkritik apatah lagi mengundi selain daripada parti Barisan Nasional, jikalau tidak…
Jikalau tidak, anda akan digelar sebagai….pengkhianat dan mahasiswa yang tidak tahu mengenang budi.
Seperti biasa, Tun Dr. Mahathir semakin aktif dan ligat menyampaikan amanat dan pandangannya lebih-lebih lagi menjelang penat. Baru-baru Tun Dr Mahathir ada menyampai beberapa nasihat kepada kalangan mahasiswa di Malaysia yang dilihat “mahukan perubahan”. Ini bunyi nasihat Tun Mahathir :
- Sikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan
- Tun Mahathir bimbang pembangkang mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan
- Mahasiswa di zamannya (dahulu) pandai berterima kasih kepada kerajaan, tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa dan melihat usaha kerajaan adalah perkara biasa sahaja
- Mahasiswa sekarang lebih tamak untuk mendapat lebih daripada apa yang kerajaan berikan sehingga menuntut pendidikan percuma di Malaysia
- Kerajaan Malaysia sekarang tidak boleh berikan pendidikan percuma semata-mata mahu pastikan kewangan negara diuruskan dengan baik.
Bagi kami terpulang kepada mahasiswa untuk memilih mana parti yang menjadi pilihan mereka. Itu sebablah adanya sistem pilihanraya di Malaysia. Kadang-kadang pemahaman & maklumat mengenai isu semasa Malaysia (KLIK SINI), situasi persekitaran mahasiswa itu sendiri, permasalahan yang dialami mahasiswa, rakan-rakan disekeliling mahasiswa dan idelogi mahasiswa itu sendiri berbeza-beza. Itu sebablah kita akan menerima undi yang berbeza daripada kalangan mahasiswa.
Apa pilihan mahasiswa baik kepada Barisan Nasional ataupun kepada Pakatan Rakyat, itu hak mereka kerana ia bukannya satu pelanggaran undang-undang di Malaysia. Bersalahkah mahasiswa jika menongkah arus? Ada yang 2 perbezaan tamak di sini :
- Kumpulan mahasiswa dilihat tamak menuntut mendapat lebih kemudahan berbanding yang dinikmati kalangan mahasiswa sekarang
- Satu kumpulan lagi, dilihat tamak membolot kontrak-kontrak lumayan tanpa melalui tender terbuka, menyeleweng duit rakyat dan mengangap duit negara adalah hak milik mutlak sendiri.
parawhore!

mahasiswa sekarang dah untung...macam2 kemudahan dan bantuan yang diberikan...sepatutnya gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaik2nya...
ReplyDeleteTu ar. I pun ex student, minjam PTPTN loan jugak. Tapi dah pinjam kenalah bayar balik kan.
ReplyDelete