Saturday, 6 July 2013

Happy!!

by Kalawii

Saya minta maaf. Hmm, baru hari ini ada kelapangan untuk buat entry. Dua hari ne, penat sangat balik dari kerja. Nasib seja, hari ne setengah hari on duty. Esok cuti, yeahhh!! Okay, kembali dengan Flora. Flora sudah di bawa ke Vet. and alhamdulillah sudah bertambah baik dari sebelumnya. Actually, kawan saya yang bawa sebab saya memang ta dapat bawa Flora ke Vet. Doctor ada tegur juga kenapa baru sekarang bawa Flora ke klinik, sebab luka Flora sudah ada telur lalat. Can you imagine it? Saya berfikir, macam mana luka Flora boleh ada telur lalat padahal dekat rumah saya no lalat okay, tiada seekor pun saya nampak beterbangan or hinggap mana-mana, apa lagi dekat Flora. Hairan jugalah. And doctor musykil juga, samada Flora di langgar kereta or di gigit anjing. Sebab dekat badan Flora ada kesan cakar and luka Flora tu berpunca seperti gigitan anjing. Kedua belah kaki Flora actually masih boleh berfungsi, walaupun patah. Ia boleh pulih dengan bagi ubat injection. Tapi Flora, tulang belakang dia yang luka. Samada tulang belakang Flora patah atau tidak, doktor masih tidak sure sebab masih bengkak. Flora ada di bagi ubat untuk turun/kurang bengkak, nanti bila Flora sihat sikit akan bawa jumpa doctor lagi. Sebab tulang belakang tu bengkak or patahlah, Flora ta dapat jalan use kedua-dua kakinya. Luka yang saya maksudkan selama ne yang asyik keluar darah tu, rupa ada hole dekat situ. Tu laa bekas gigitan anjing, yang keluar tu actually nanah+darah sikit. Masa doctor rawat, dorang cukur bulu Flora dekat area luka tu untuk bagi nampak kesan luka and untuk elakkan jangkitan kuman juga. Dorang ada tuang satu solution untuk bagi keluar semua nanah dalam lubang tu. And memang betul, banyak sangat keluar nanah. Time doctor bersihkan hole bekas gigitan anjing tu, Flora okay seja ta meragam. Tapi bila doctor bagi injections dekat kedua belah kaki Flora kesakitan and meow-meow habis. Hmm, kasihan Flora. Malam selepas kawan saya bawa jumpa doctor, Flora di serang sawan anjing; Flora menggigil and muntah buih berulang kali. Lemah sangat, and kawan saya pula sanggup ta tidur malam sebab bimbangkan Flora. For your information, Flora tinggal buat sementara dengan kawan saya. Time cuti, baru kawan saya hantar Flora datang rumah saya. Hmm, sekarang ne, tengah tunggu kepulangan Flora.

p/s; Can't wait!!

 
parawhore!

No comments:

Post a Comment

;) Watcha say?