Showing posts with label #Day4. Show all posts
Showing posts with label #Day4. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka

Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.
Sehubungan itu Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Farida Mohd. Ali berkata, graduan yang memiliki Diploma Kejururawatan dipelawa membuat permohonan.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, permohonan boleh dibuat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang SPA-8i secara online di http://www.spa.gov.my selewat-lewatnya 30 April ini.
Urusan temuduga dijangka dilaksanakan pada bulan Jun dan tawaran pelantikan dijangka bermula dalam pada bulan Ogos.

Source
 
parawhore!

FABULOOUS GIVEAWAY

Click banner for more information and to join. ^^

SENARAI HADIAH YANG SWEET AND COMEL
TONY MOLY LIP TINT- Cherry Pink
TONY MOLY PETITE BUNNY GLOSS BAR
TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITENING PACK SAMPLES
FACE MASK
CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
SKIN79 BB CREAM SAMPLES
THE FACE SHOP BIG FRESHIAN MASCARA
ETUDE HOUSE STYLING EYELINER
TARIKH TUTUP PADA 8 APRIL 2013

JOM JOIN RAMAI-RAMAI. ^^

p/s; Teringin mahu menang Giveaway ne.
 
parawhore!

Contest Header Paling MeleTOP 2013 BY NurulFHMT!

Click banner for more information and to join.
Click sini untuk dapatkan URL header saya, minta maaf. ^^
Saya tag;

1) Radiyatul
2) Eiein
3) Fathin
4) Amer
5) Ayu
6) Lulla
7) Fanisqah
8) Iema
9) Farhahnis
10) Fie
11) Ckeanne
12) Hakim
13) Alisya
14) Ari
15) Mila
16) Aireyn
17) Sherly
18) Karina
19) She
20) Eiyna
21) Sabrina
22) Nurul
23) Aqilah

 
parawhore!

Monday, 4 March 2013

What We Call That? Tausug? Or Busuk?


Tolonglah. Suluk salah satu kaum yang ada di Sabah, since dulu-dulu lagi. Tapi agak-agaklah sebab di Sabah ada kaum itu, ini Sabah Suluk punyalah? Jadi kaum lain tolak tepi? No no no. Biar sama-samalah, baru adil. Kalau pun kes mahu memerintah, ikut prosedurlah. Pergi join bertanding Pilihan Raya. Ini tidak, main serbu and ceroboh. Rakyat itu penting, tidakkan mahu paksa pula. Sedang nowadays pun pakai Pilihan Raya. Peliklah, macam kurang ilmu. Maybe dekat tempat diorang tiada macam ini kot. Kasihan. Eloknya, kita pray for them. Dekat Tausug Rakyat and yang mengaku Sultan Sulu tu, moga pintu hati diorang terbuka untuk balik kampung asal diorang di Filipina.  Sudah-sudahlah, orang lain yang jadi mangsa. Kalau ya pun, Tausug Rakyat marah sebab kematian anggota diorang yang 14 orang tu (al-fatihah), kami pun as Malaysian and Sabahan marah dekat Tausug Rakyat, especially dekat yang mengaku Sultan Sulu tu sebab kami yang aman damai selama ne, tidak sangka-sangka negeri sendiri di ceroboh and menyebabkan anggota keselamatan kami tergadai nyawa (al-fatihah). Tolonglah, pleaselah, pergi jauh dari sini.

As I wish, kalau aku ada Magic, aku mahu sapu ini Sabah pakai penyapu besar amat paling untuk buang Tausug Rakyat dalam lautan. Aku minta maaf. Itu kalau aku ada Magiclah. Sekarang aku hanya dapat sampaikan doa.

 
parawhore!

Tiada arahan supaya penduduk Simunul berpindah

SEMPORNA 4 Mac - Tiada sebarang arahan daripada pihak berkuasa kepada penduduk kampung Simunul di sini agar berpindah selepas kejadian serangan hendap penceroboh yang mengorbankan 12 nyawa Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simunul, Hassan Abdul Kadir berkata, penduduk tidak perlu berpindah keluar kerana kampung tersebut kini tenang daripada sebarang pertempuran.
"Penduduk tidak perlu mendengar khabar angin mengenai kampung berkenaan akan dibakar kerana percaya pihak berkuasa terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melaksanakan tugas mereka," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.
Laporan langsung insiden pencerobohan berdarah di Sabah dapat diikuti melalui laporan langsung wartawan Utusan Online di sini.
Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Srijaya, Simunul di sini..
Manakala enam penceroboh terbabit turut terbunuh termasuk salah seorangnya mati selepas dibelasah oleh penduduk kampung terbabit.
Sementara itu, Hassan berkata, penduduk kampung memang tidak menyedari ada kalangan penduduk di situ merupakan penceroboh tentera Diraja Kesultanan Sulu.
"Jika mereka tahu ada kalangan penduduk merupakan penceroboh yang menyamar atau tali barut, sudah lama mereka diadukan kepada pihak berkuasa.
"Mereka (penduduk) tidak sama sekali akan berkerjasama dengan pihak penceroboh walaupun ada sesetengah mereka datang daripada suku kaum yang sama," katanya.

BEBERAPA penduduk Kampung Simulu, Semporna meninggalkan rumah masing-masing kerana bimbang tercetus pertempuran antara pihak berkuasa dan penceroboh asing, di Simunul, Semporna, Sabah hari ini

Artikel Penuh:  
 
parawhore!

Sunday, 3 March 2013