Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Friday, 5 April 2013

Utusan, TV3 diberi masa sehingga 15 April fail pembelaan

Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) hari ini diberikan masa sehingga 15 April untuk memfailkan pernyataan pembelaan masing-masing dalam kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan mengaitkannya dengan kejadian pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.
Peguam, Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Penasihat PKR itu memberitahu pemberita di Mahkamah Tinggin Kuala Lumpur.
Hakim Rosilah Yop akan menetapkan tarikh perbicaraan pada tarikh itu.
Pada 8 Mac lalu, Anwar selaku plaintif menyatakan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu di muka depannya menyiarkan artikel bertajuk `Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.


Source

 
parawhore!

Monday, 4 March 2013

What We Call That? Tausug? Or Busuk?


Tolonglah. Suluk salah satu kaum yang ada di Sabah, since dulu-dulu lagi. Tapi agak-agaklah sebab di Sabah ada kaum itu, ini Sabah Suluk punyalah? Jadi kaum lain tolak tepi? No no no. Biar sama-samalah, baru adil. Kalau pun kes mahu memerintah, ikut prosedurlah. Pergi join bertanding Pilihan Raya. Ini tidak, main serbu and ceroboh. Rakyat itu penting, tidakkan mahu paksa pula. Sedang nowadays pun pakai Pilihan Raya. Peliklah, macam kurang ilmu. Maybe dekat tempat diorang tiada macam ini kot. Kasihan. Eloknya, kita pray for them. Dekat Tausug Rakyat and yang mengaku Sultan Sulu tu, moga pintu hati diorang terbuka untuk balik kampung asal diorang di Filipina.  Sudah-sudahlah, orang lain yang jadi mangsa. Kalau ya pun, Tausug Rakyat marah sebab kematian anggota diorang yang 14 orang tu (al-fatihah), kami pun as Malaysian and Sabahan marah dekat Tausug Rakyat, especially dekat yang mengaku Sultan Sulu tu sebab kami yang aman damai selama ne, tidak sangka-sangka negeri sendiri di ceroboh and menyebabkan anggota keselamatan kami tergadai nyawa (al-fatihah). Tolonglah, pleaselah, pergi jauh dari sini.

As I wish, kalau aku ada Magic, aku mahu sapu ini Sabah pakai penyapu besar amat paling untuk buang Tausug Rakyat dalam lautan. Aku minta maaf. Itu kalau aku ada Magiclah. Sekarang aku hanya dapat sampaikan doa.

 
parawhore!

Tiada arahan supaya penduduk Simunul berpindah

SEMPORNA 4 Mac - Tiada sebarang arahan daripada pihak berkuasa kepada penduduk kampung Simunul di sini agar berpindah selepas kejadian serangan hendap penceroboh yang mengorbankan 12 nyawa Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simunul, Hassan Abdul Kadir berkata, penduduk tidak perlu berpindah keluar kerana kampung tersebut kini tenang daripada sebarang pertempuran.
"Penduduk tidak perlu mendengar khabar angin mengenai kampung berkenaan akan dibakar kerana percaya pihak berkuasa terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melaksanakan tugas mereka," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.
Laporan langsung insiden pencerobohan berdarah di Sabah dapat diikuti melalui laporan langsung wartawan Utusan Online di sini.
Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Srijaya, Simunul di sini..
Manakala enam penceroboh terbabit turut terbunuh termasuk salah seorangnya mati selepas dibelasah oleh penduduk kampung terbabit.
Sementara itu, Hassan berkata, penduduk kampung memang tidak menyedari ada kalangan penduduk di situ merupakan penceroboh tentera Diraja Kesultanan Sulu.
"Jika mereka tahu ada kalangan penduduk merupakan penceroboh yang menyamar atau tali barut, sudah lama mereka diadukan kepada pihak berkuasa.
"Mereka (penduduk) tidak sama sekali akan berkerjasama dengan pihak penceroboh walaupun ada sesetengah mereka datang daripada suku kaum yang sama," katanya.

BEBERAPA penduduk Kampung Simulu, Semporna meninggalkan rumah masing-masing kerana bimbang tercetus pertempuran antara pihak berkuasa dan penceroboh asing, di Simunul, Semporna, Sabah hari ini

Artikel Penuh:  
 
parawhore!

Pegawai Dan Anggota Terkorban Dalam Serangan Hendap Di Semporna

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.



 
parawhore!