Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Sandakan Tom Yam Restaurant

Okay, Tom Yam? Malaysian? Hello? Whose doesn’t know it is? Okay, memanglah Tom Yam agak kurang diminati di Sabah but if korang have try it, ouh God you’ll be miss it. I’m starting love Tom Yam since 2009. Ouh yeah, the year I kena hantar study dekat sana KL. First I just tried Nasi Goreng Tom Yam dekat area hostel kitaorang, sedap even actually I’m not really makan yang banyak sangat rempah especially serai bagai. Tapi Nasi Goreng Tom Yam tu sedap sangat, sampai tiap hari dinner p tapau/bungkus Nasi Goreng Tom Yam tu. Hari-hari makan Nasi Goreng Tom Yam tu, tetiba mahu try something new to me iaitu Tom yam Soup. So I orderlah, time tu I order Tom Yam Soup Campur and nasi bujang (Nasi Putih + Telur dadar + Timun 2 hiris and kekadang ada sambal). I makanlah, I try soup tu first and I like WHATTTTTTTT?!!! Punyalah yummy!! Start hari tu, menu makan malam I be changed. Hari-hari order Tom Yam Soup sampai owner restoran pun sudah ingat what should he’s prepare for me. Ada juga kenkawan tanya, “Hey Meyra, are you not muak hari-hari makan makanan yang sama?” Ouh God, sedap ne mana mahu tahan. Kalau boleh; sarapan, lunch, tea, pun aku mahu makan Tom Yam Soup with Nasi putih. Tapi apakan daya, whole day dekat college and bila cuti or weekend barulah enjoy pagi petang Tom Yam Soup. And now 2013 I sudah habis study, graduated sudah and I lah orang paling kecewa about food sebab tidak dapat Tom Yam Soup ne seja. Sampai Sabah, Sandakan I tried cari Tom Yam Soup yang sama dengan apa yang I rasa dekat KL tapi tidak jumpa. I try banyak kali cari sampai asal I online I p goggle Tom Yam Restaurant yang ada dekat area Sandakan. Btw, I ada juga order makan Tom Yam Soup dua tiga tempat dekat sini tapi tidak sama and rasanya jauh berbeza. Sampailah, I tried makan dekat “Tom Yam Restoran”, I sit dekat kerusi makan and pray harap-harap di sinilah I dapat apa yang I mahu. Time tu kitaorang just order Tom Yam Daging, Tom Yam Campur, Nasi putih, Nescafe Blended, air suam and Leong Fun. Tidak sampai ten minutes, makanan yang kitaorang order sudah sampai. I doa lagi sekali with doa makan harap inilah apa yang I mahu. And then, I tastelah and I like WHOAHHHHH this it, inilah ne inilah rasanya and inilah apa yang I cari. Happy tau, suka sangat! Makan dekat sini tiap hari pun boleh. Actually I dengar owner restoran/chef ini, orang peninsula so that’s whylahkan rasa dia same like di sana KL. I bersyukur sangat sebab I sudah jumpa dekat mana I bole cari Tom Yam Soup dekat sini. I belajar buat Tom Yam jugak tau tapi belum mahir and memang rasa dia pun jauh berbeza dengan apa yang I rasa dekat sana. Even I tried banyak kali, I tetap juga cari apa yang buat Tom Yam I rasa lain dari yang I expect. I hope korang boleh share dekat aku secret ingredient Tom Yam Soup ne. I love Tom Yam tau, kalau korang mahu hadiahkan sempena birthday I korang boleh seja hadiahkan makanan Tom Yam. Sure I amat berterima kasih sambil salam you all kuat-kuat. ^^ Dekat bawah I ada shared some pictures time I first makan dekat “Tom Yam Restoran”. And ouh yeah, korang boleh try makan dekat sana jugak untuk orang yang dekat Sandakan right now. Betul-betul dekat dengan Harbour Mall, bangunan depan pintu Mall tu. Trylah, mesti you enjoy!!


Tom Yam Soup Campur

I and my Nescafe blended

Sebelah sana tu Tom Yam Soup Daging MYR6 and depan ne Tom Yam Soup Campur MYR7

Kejap seja habis :D

Muka perut full + senang hati
 
parawhore!

Interview untuk Pembantu Tadbir (Perkeranian) Jabatan Audit Negara


Yesterday, I ada interview dekat Wisma Persekutuan dekat Sandakan untuk Pembantu Tadbir (Perkeranian) Jabatan Audit Negara. Masa aku dok tunggu number aku kena panggil, aku banyak sangat fikir apa yang aku patut cakap bila berdepan dengan penginterview. Macam-macam aku ingat; how to introduce myself, sedikit sebanyak apa tugas jawatan Pembantu Tadbir ne. Aku dapat nombor 85, and aku dari pagi tunggu turn aku sampai petang. Akhirnya lepas makan tengahari and time rest diorang, kitaorang start balik pada jam 2 petang. And my turn sudah sampai. Sejuk juga tangan, I doa banyak-banyak agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah semua okay, I dapat jawab semua questions dia cuma satu seja; apa yang I want to cakap-cakap tidak banyak macam yang I imagine. Punyalah, hmmmm!! Apa yang sepatutnya I promote tentang diri I hanya sebahagian seja I told ya!! Macam mahu regret, tapi apa pun rezekikan di tangan tuhan. Dapat tidak dapat, bertambah lagilah pengalaman interview aku supaya aku tidak berapa gentar lagi untuk interview yang akan datang. Thanks God and to my mom sebab support me!!
 
parawhore!

Friday, 5 April 2013

Utusan, TV3 diberi masa sehingga 15 April fail pembelaan

Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) hari ini diberikan masa sehingga 15 April untuk memfailkan pernyataan pembelaan masing-masing dalam kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan mengaitkannya dengan kejadian pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.
Peguam, Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Penasihat PKR itu memberitahu pemberita di Mahkamah Tinggin Kuala Lumpur.
Hakim Rosilah Yop akan menetapkan tarikh perbicaraan pada tarikh itu.
Pada 8 Mac lalu, Anwar selaku plaintif menyatakan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac lalu di muka depannya menyiarkan artikel bertajuk `Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.


Source

 
parawhore!

Monday, 4 March 2013

What We Call That? Tausug? Or Busuk?


Tolonglah. Suluk salah satu kaum yang ada di Sabah, since dulu-dulu lagi. Tapi agak-agaklah sebab di Sabah ada kaum itu, ini Sabah Suluk punyalah? Jadi kaum lain tolak tepi? No no no. Biar sama-samalah, baru adil. Kalau pun kes mahu memerintah, ikut prosedurlah. Pergi join bertanding Pilihan Raya. Ini tidak, main serbu and ceroboh. Rakyat itu penting, tidakkan mahu paksa pula. Sedang nowadays pun pakai Pilihan Raya. Peliklah, macam kurang ilmu. Maybe dekat tempat diorang tiada macam ini kot. Kasihan. Eloknya, kita pray for them. Dekat Tausug Rakyat and yang mengaku Sultan Sulu tu, moga pintu hati diorang terbuka untuk balik kampung asal diorang di Filipina.  Sudah-sudahlah, orang lain yang jadi mangsa. Kalau ya pun, Tausug Rakyat marah sebab kematian anggota diorang yang 14 orang tu (al-fatihah), kami pun as Malaysian and Sabahan marah dekat Tausug Rakyat, especially dekat yang mengaku Sultan Sulu tu sebab kami yang aman damai selama ne, tidak sangka-sangka negeri sendiri di ceroboh and menyebabkan anggota keselamatan kami tergadai nyawa (al-fatihah). Tolonglah, pleaselah, pergi jauh dari sini.

As I wish, kalau aku ada Magic, aku mahu sapu ini Sabah pakai penyapu besar amat paling untuk buang Tausug Rakyat dalam lautan. Aku minta maaf. Itu kalau aku ada Magiclah. Sekarang aku hanya dapat sampaikan doa.

 
parawhore!

Pegawai Dan Anggota Terkorban Dalam Serangan Hendap Di Semporna

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.



 
parawhore!